Tuesday 10 January 2017

Rawatan Bekam

RAWATAN BEKAM
    Bekam adalah suatu rawatan yang perlu dilakukan dengan tertib. Harus dijaga kebersihannya. Rawatan ini bermain dengan darah.
     Kotoran yang tidak dijaga berkemungkinan akan menjangkiti pesakit lalu akan timbul penyakit yang lain.
     Perawat dan pesakit mesti mengikuti aturan tatatertib untuk mendapatkan kepuasan berbekam.

Sebelum mula rutin bekam.
Pesakit perlu berpuasa / makan dalam kuantiti sedikit sahaja selama 3 jam sebelum melakukan rutin bekam.
❤ Jangan minum minuman bergas, berais, dan sejuk kerana boleh menyebabkan urat ketar lalu pesakit demam urat.
❤ Jangan makan sayuran yang berangin seperti : salad, kobis bunga, bendi, kacang panjang, sayur kekacang, kangkong dan makanan yang berangin. Ini bagi mengelakkan daripada urat tegang dan boleh menyebabkan loya mahu muntah.
❤ Jangan minum air ketum, air teh, air kopi, menghisap rokok, dan mengambil pil ubat-ubatan sebelum 3 jam mula rawatan. Ini akan mengakibatkan darah anda cair, lalu cawan bekam akan menyedut darah yang elok dan kepuasan  rawatan bekam tidak akan dicapai. Cawan bekam akan penuh dengan darah.

Selepas selesai berbekam.
❤ Boleh mandi bersihkan anggota tubuh badan agar tubuh badan kembali segar.
❤ Boleh makan atau minum tetapi masih perlu berpantang daripada makanan, minuman, merokok, dan mengambil ubat-ubatan di "Sebelum mula rutin berbekam".
❤ Tidak boleh bersetubuh dengan pasangan selama 6 jam. Selepas berbekam secara automatik tubuh badan anda akan letih dan tidak bermaya.
❤ Disarankan rehatkan diri anda daripada melakukan kerja-kerja berat.


Kesan sampingan bekam.
❤ Badan akan terasa letih.
❤ Mengantuk kerana karbon dioksida sudah mula bergerak seluruh badan melalui urat.
❤ Mata akan cerah jika dibekam di bahagian kepala.
❤ Kesakitan di kawasan yang sakit akan reda dan sembuh insya-Allah dengan izin Allah.
❤ Pesakit yang lumpuh akibat stroke juga boleh sembuh jika dilakukan rutin rawatan setiap dua kali sebulan. Insya Allah.
❤ Pesakit yang menderita gaut juga boleh sembuh dan reda kesakitan selepas berbekam.

Siapa tidak boleh berbekam?
❤ Kanak-kanak di bawah 13 tahun ke bawah.
❤ Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi 160 dan keatas, asthma lelah, dan mempunyai jangkitan HIV AIDS.
❤ Jika anda mempunyai masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi tapi mahu membuat rawatan bekam, sila minta nasihat doktor sebelum anda datang berbekam.
❤ Pesakit dibawah umur 18 tahun kebawah perlu minta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
❤ Pesakit yang menderita di bahagian tertentu akibat terjatuh, terseliuh, sakit sendi, dan sakit kepala.


Harga Rawatan Bekam :

Rumah Perawat.
Tingkat 5, tiada lift untuk naik keatas.
Seksyen  6, Shah Alam, Selangor.

A. Bekam titik Sunnah
✿RM26/8 cup

B. Bekam titik Gout
✿ RM52 / 24 cup

C. Bekam titik belakang badan
✿ RM85 / 17 cup

D. Bekam titik belakang badan
✿ RM155 / 31 cup

E. Bekam titik Seri Wajah
✿ RM18 / 9 cup

F. Bekam titik Migrain
✿ RM27 / 7 cup

* Harga yang ditetapkan untuk Pusat rawatan hanya boleh dipilih seperti yang tertera di atas.
* Harga telah dikira mengikut harga saiz cup dari RM1-RM5.

Mobile Home to Home

Pakej A :
❥ 5 km perjalanan
❥ RM30.00
❥ 7 titik bekam

Pakej B :
❥ 10 km perjalanan
❥ RM50.00
❥ 11 titik bekam

Pakej C :
❥ 15 km perjalanan
❥ RM80.00
❥ 17 titik bekam

Pakej D :
❥ 20 km perjalanan
❥ RM100.00
❥ 21 titik bekam



* Harga rawatan Mobile Home to Home adalah termasuk surcaj kos pengangkutan.
* Pelanggan yang berada dalam lingkungan 5km dari pusat rawatan yang terletak berdekatan di Pasar Seksyen 6, boleh memilih pakej "A" hingga "D".
* Pelanggan yang duduk 20km dari pusat rawatan dan ke atas tidak boleh memilih pakej "C" hingga "A".
* Harga cawan yang dikenakan dari saiz 1 hingga 5 adalah RM5/cup.
* Jika ingin menambah bilangan cup, RM5/cup akan dikenakan.
* Kami telah memberi potongan harga sebanyak RM5 untuk setiap pakej.


* Mohon membaca keterangan perkhidmatan dari awal hingga akhir terima kasih.

Disediakan oleh Chakra Aura Healing Center (SA0392824-H)

✆ 017-391 6159
Therapist : En. Mohamad

* Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

0 Komentar:

Post a Comment